Saturday 17 December 2011

CINTA MANUSIA DAN CINTA ALLAH

Cinta allah dan manusia,kedua-duanya amat berbeza..
Manusia sekarang lebih banyak kejar cinta manusi daripada cinta allah..
ada apa dengan cinta manusia?? dan ada apa dengan cinta allah??



cinta manusia..
setiap makhluk dimuka bumi ini memang dicipta berpasangan..
namun nak mendapatkan cinta yang suci dan hakiki itu sangat sukar..
mengejar cinta manusia belum tentu membawa kebahagiaan jikat tidak mendapat keredehaan allah.
bercinta dengan bertentangan dari syariah allah membawa kebinasaan.
kita ada insan yang lemah dimuka bumi ini.
kadang-kadang kita rasa kita cukup hebat untuk melakukan
sesuatu.
tanpa kita sedari ia hanya membawa kepada kerugian diri sendiri.



cinta allah
cinta allah adalah semulia-mulia cinta..
cinta kepada allah adalah cinta yang suci..
cinta kepada allah juga adalah cinta yang hakiki dan membawa kebahagiaan dalam hidup.
allah tidak pernah melarang hambanya untuk bercinta..
namun,cinta kita adalah kerana allah bukan nafsu amarah..
kebahagiaan dalam diri boleh kita perolehi jika kita sedar siapa kita disisi allah..






Friday 12 August 2011

kaLau AdA joDoh KitA jUmpA LaGi ^_^

TanDa DiA sUke Kite <3 <3
(seronoknye..)


1. Dia ambil berat dengan kalian. “dah makan ke belum?” “dah solat?” ayat biasa ambil berat..


2. Dia SMS @ call @ email kalian setiap malam.. Sampai nak sembang ape pun tak tau.. Itupun kalau kalian layan..

3. Dia berusaha mendekati kalian.. Dimana ada kalian disitulah dia ingin ada..


4. Mengikuti perkembangan dunia kalian.Tidak kiralah sumber itu dari kalian sendiri ataupun dari ketua kampung kalian sendiri..


5. Dia senantiasa ingin melihat kalian gembira.. Jika kalian bersedih, boring atau takde mood, si dialah yang akan menjadi penghilang duka kalian..


6. Dia akan merasa tidak gembira jika kalian bersembang dengan lelaki/perempuan lain. Jangan terkejut malam itu dia tak SMS kalian.


7. Lihat perbezaan layanan dia antara kalian dan rakan lain.. Bukankah dia layan kalian dengan lebih mesra? Lebih istimewa..


8. Kalau ada apa-apa aktiviti, orang yang dia akan ajak adalah kalian dan ingin menjadikan kalian sebagai senarai wajib ada..


9. Cemburunya mengalahkan orang lain.. Tapi sebolehnya dia tidak akan menunjukkan tanda protes itu dengan terlalu nyata..


Wednesday 3 August 2011


apa yang dikatakan dengan CINTA


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

 
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri


“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

Monday 1 August 2011

maaf tulUs Dari Aty......

awak...
maafkan saya kalau sy telah lukakan aty awak..
awak..
maafkan sy sebab tak dapt nak time kamu...


cinta tak boley di paksa???
 awak suruh sy jujur pasal perasaan sy..
 tapi....
 bile sy dah jujur macam2 yg awak ungkit n pertikaikan...
kenapa wak?? kenapa??
 kenapa sume nie harus berlaku dalam diri sy...
 bagi la sy ruang wak.. jgn himpitkan sy ngn hujah2 awak yg wat sy serba salah...

 MAAFKAN sy juga...
 coz tak angkat kol awak..
 bukan sy sengaja tak nak angkat..
tapi sy tak larat nak kene bidasan dari awak..
 sy tension wak...
 tension sgt2 bile pkir bende nie..
tapi samapi bile sy nak jaga aty org....
 sampai bile sy nak sakitkan aty sendiri..

maafkan saya..
 ada eloknye sy tak angkay kol kamu...
jika kebencian yg ingin kamu berika kepada sy..
terpulang awak..   :(
walau apapun....
sy tak penah benci kamu...
kamu tetap kawan sy....
cuma sy harus elakkan diri sy dari kamu buat masa skunk...

 MAAFKAN SAYA AWAK!!!!!

Tuesday 19 July 2011

intAn BirtHday





19/07/11..

selamat ulang tahun kelahiran wt intan farahana... :)
dah tua dah kamu... dah besar.. n dah matang.. jap3... matang ke??? hehehe..
best dpt kenekan ko malm tu sampai ko nak ngis..
sory la ae.. aku kunci pintu n simbah air kat ko..ala..tu baru skit kan..
lagipon setahun sekali..syang ko sgt2.. <3
pasnie jgn stress2..
 kteowng ada tok ko.. :)
                                        
 aku-ara-ika-nad-shima-ijah-
 always ada kat sisi ko.. :)
 semoga ko berjaya dal hidup n jadi ank yg solehah..
 dah berjaya pada mase akan dtg..
 4.00 flat is our target!!!!!

Saturday 16 July 2011

kisah Hati

  cinta tak semestinye memiliki
cinta perlu hadir dgn sendiri bukan dipaksa..                                 
 dan terpaksa menerima atas dasar simpati.. <3 <3


  bape ary nie rase sebak sgt2..
  tak tau la nape...
  tapi since semalm nle sy tgok FB kamu baru sy tau
  nape.. =)
  happy bile sy tau kamu dah happy skunk....
  wish u all the best....
  maybe ada hikmahnye sume nie berlaku kat kite...
  19/11/2009-26/05/2011
  kamu pon skunk happy dgn member2 kamu kan..
  apa-apa pon.. gudluck tok EXAM...


             u GOT someone in yourlife now...
             i'm feel very happy when know that...
             thanks for everything...

Tuesday 12 July 2011

aNdaIkan LelaKi tAhu !!!!!!

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.


Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.